Pages

Friday 7 April 2017

Singkat saja.

Tulisan pertama di 2017.



Cukup lama aku terhenti menulis.
Seperti ada sebahagian dariku hilang.
Sedangkan di sini aku merasa lebih dari sekadar cukup.

Maka, sebentar sahaja aku ingin bercerita di sini,
singkat saja.

Indah, seluruh indah.

Aku mencari sesuatu.
Namun, mencari bukan bererti menemukan,
dicari belum tentu dapat ditemukan.

maka, berbiasalah aku dengan keadaan.

Lagi-lagi, aku kadang berburuk sangka, dan aku patahkan buruk sangka ini.
Hari-hariku, ku biarkan dengan segudang pertanyaan.


Selalu aku memerhati manusia yang berlalu lalang untuk pergi dan kembali.
Lalu ada sahaja tulisan aku ingin tuliskan, puitis tetapi hilang.
Itu aku kecewakan sendiri, mana pergi aku yang merungkai kata?

Mudah lupanya, mudah hilangnya..
Seolah berpisah sahaja, walau tidak ingin berpisah.

Aku pernah mencuba mendiamkan diri, cari kembali kecintaan ini.
Menikmati keadaan dan memerhati.
Hasilnya, mengelamun.

Aku pernah cuba ke tepi pantai hampir senja hari.
Tempat puitis bagai mereka yang ingin merungkai kata manis.
Tempat berpisah bagi mereka yang ingin berpisah.
Tempat penantian yang dicinta.
Hasilnya, aku hanya mendengarkan ombaknya.
Hanya menikmati alam.
Tulisannya? Tiada. Kaku.

Kembali aku, mencari cara mengembalikan kecintaan kepada menulis lagi.



No comments:

Post a Comment