Pages

Wednesday 13 July 2016

Andai kata rindu ini bersisa.

RINDU
"Rindukah mengucapkan salam untuk aku?"

Aku hanya tersenyum. Mungkin juga ini senyuman yang terakhir buatnya, mungkin. Cumanya, aku tidak mahu. Aku mahu berjumpa dengannya lagi, jika diizinkan. Dia yang sebenarnya aku hormati tetapi paling aku jauhi. Kerana aku takut, ketika sebuah kedekatan itu akan menjauhkan sejauh-jauhnya. 

Kadang kala, seseorang menerima kita kerana kebaikan kita. Mungkin juga mereka akan berlari sejauh-jauhnya dari kita, meninggalkan seruang hati yang mereka ciptakan. Mungkin.

Aku bersedia sebarang kemungkinan.

"Selamat jalan.."

Akhirnya, aku berani berbicara. Dengan sedikit airmata yang ku kesat sendiri. Ini perpisahan, perpisahan yang baik. Kau pergi untuk masa depanmu, impianmu. Walau ada ruang hati yang ditinggalkan di sini. Namun, antara kita, tiada kenangan yang perlu dikesali.

"Rindu ini adalah kenang-kenangan. Kita simpan dulu yaa.."

Ini baru permulaan.

Ini baru permulaan.

Ada lagi 3 tahun untuk menunggu.

No comments:

Post a Comment