Pages

Friday 16 May 2014

Penerimaan.

Assalammualaikum.

Allah. 
Hanya kepadaMu aku berserah.

Setiap kali aku menulis, bermacam-macan hal terlintas di fikiran. 
Tentang keluarga, percakapan manusia di sekelilingku.

Sudah namanya dunia, ada yang mengecewakan.
Dan tetap fitrahnya, kau akan cari Tuhan.

"Setiap kesulitan ada kemudahan," 
aku berfikir tentang kata ini selalu.

Aku mahu berpegang pada ayat itu, 

namun kisah berhenti daripada matrikulasi terngiang-ngiang di ingatanku. 

Aku mahu melupakan, tapi tetap terpaut kuat dalam fikiranku.

Peristiwa yang berlaku pantas di matrikulasi membuatkan aku mengambil keputusan untuk berhenti. Bertindak dengan diam. 

Ahh, sekali lagi. Aku mengingati lagi.
Sungguh bila aku pejam mata, masih terasa sakitnya.
Masih lagi mudah manik-manik jernih jatuh bila mengingati.

Jika perlu menghilang, menghilanglah.

Aku masih terkapai-kapai mencari ilmu.
Buat bekalan di sana. 
Ilmu yang ada masih sedikit. 

Aku perlukan teguran, nasihat dan bimbingan.


sangat menyentuh

No comments:

Post a Comment