Pages

Sunday 16 October 2016

Maafkan aku untuk waktu itu, Tuhanku.

Tergenggam sakit, luka-luka di dalam. Intaian keangkuhan sekejap ada sekejap tiada. Noda di dalam pergaulan sesama manusia. Jiwanya memberontak mahukan kepuasan yang infiniti entah bila akhirnya. Semuanya tersimpan diam-diam dengan jutaan pura-pura pada luaran. Itu semuanya, mungkin kerana sempat melupakanMu waktu itu.

Maafkan untuk waktu itu, Tuhan.

Semua hal yang tidak terjangka sekalipun, Kau tidak pernah lepas mengendalikan. PerancanganMu, membawa seorang yang lemah selemah-lemah jiwanya menjadi seorang yang mahu mengenalMu,

Allah, jalan menujuMu.

Kini, yang mampu dilakukan hanyalah terus berusaha dan bangkit serta tetap berserah diri padaMu. Terima kasih atas teguranMu. Terima kasih kerana masih Kau titipkan mereka yang bersama di jalan menujuMu. Mereka yang masih percaya, mereka yang masih bertahan serta menguatkan dalam keadaan ini.

Ajari aku bersyukur Tuhanku..

Dalam keadaan apapun,

ingatkan aku lagi, 
bahawa dalam ketidakmampuanku,
ada Kau yang maha memampukan.


Hari ini aku begitu rindu. 
dan esok akan kuceritakan pada mereka yang belum tahu,
bahawa Kau-lah tempat ternyaman.

No comments:

Post a Comment