Pages

Monday 13 June 2016

#catatanorkid

Orkid memanggil Tulip ke suatu sudut perpustakaan yang tidak kelihatan oleh orang lain. Tulip yang sedang duduk membaca buku, datang kepada Orkid. Orkid berlinangan airmata, dan memeluk Tulip, sahabatnya.

"Kau kenapa Kid? Ada masalah ker?" Tanya Tulip.

"Aku cuma mahu memeluk kau.." Orkid jawab, airmatanya turut mengalir tanpa dia sedar.

Orkid selalu begitu. Jika dia ada masalah, dia jarang luahkan dengan orang lain, termasuk Tulip, sahabatnya sendiri. Dia akan memeluk Tulip, dan menangis. Jika ditanya mengapa, Orkid tidak menjawab dan hanya menangis di sisi sahabatnya itu.

"Kau kenapa.. cuba ceritakan dengan aku.." Tanya Tulip.

"Aku tidak tahu. Seperti ada sesuatu di hatiku, yang buat aku sedih. Tetapi aku tidak tahu apa. Aku kesal sangat tidak dapat luahkan dengan kau, aku mahu luahkan tetapi aku sendiri tidak punya kata untuk aku luahkan. Apa di dalam hatiku ini, susah untuk aku tafsirkan apa." Jawab Orkid masih tersedu-sedu.

Kerap sangat perkara begini berlaku. Sejak pemergian ibunya, Orkid sukar meluahkan apa di dalam hatinya. Mungkin itulah yang membentuk dirinya sekarang.

"Tidak mengapalah Orkid, kau tidak dapat luahkan dengan aku, luahkan dengan Allah. Allah faham dan tahu apa di hatimu, walaupun kau tidak mampu luahkan." Pujuk Orkid.

Tulip sendiri tidak memahami kenapa Orkid begitu. Setahunya, Orkid seorang yang periang jika bersama kelompok rakan-rakannya. Bahkan, petah berkata apatah lagi membidas hujah-hujah dalam perdebatan. Maklumlah, bekas pendebat sekolah. Tapi kata orang, lain luar lain dalamnya. Siapa tahu, Orkid menyimpan begitu banyak rahsia. Tidak semua orang sama. Apatah lagi berkenaan hati.

"Aku mesti bantu Orkid." Bisik Tulip.

No comments:

Post a Comment