Pages

Friday 10 June 2016

#catatanorkid

Ramadhan kali ini,  Orkid berseorangan di rumahnya.  Ayahnya ada mesyuarat di luar kota.  Hidup hanya berdua dengan ayahnya di rumah yang besar membuatkan dia menjadi pendiam.  Hanya bercakap bila perlu,  atau hanya senyum sebagai respon.  Orkid menjadi semakin susah meluahkan perasaannya,  bahkan hanya banyak berkurung di bilik.  Salah satu perkara yang semakin menjadi keminatannya ialah membaca dan menulis.

Saat Orkid kembali menulis tentang hati,

"Maafkan aku,  atas sikap 'action speak louder than words.  Aku tidak mudah meluahkan sesuatu,  dengan kata-kata,  bercakap.  Entah bila dan bagaimana akan berubah,  aku tidak tahu.  Untuk aku huraikan satu persatu apa di dalam hati,  kepada percakapan, sangat payah. Dan bila saat aku sudah luahkan kepadamu,  tetapi kau tidak dengar,  maka aku akan terus menjadi diam.  Diam kerana mendengar suaramu,  yang luahannya lebih berisi;  lebih bermakna berbanding apa yang mahu aku luahkan.  Jika kau meminta kepadaku untuk mengulang kembali apa yang mahu aku luahkan kepadamu,  aku menolak.  Menolak kerana:  satu sedangkan untuk aku meluahkan amarahku memerlukan aku menyusun kata di atas kertas terlebih dahulu sebelum ku katakan dua;  selalunya kau tidak faham apa yang aku cuba sampaikan kerana mahu meluahkan 100%  sama dengan apa di dalam hati sangatlah berbelit jika di ungkapkan,  tiga;  aku sangat sayangkanmu sehingga aku kehilangan kata-kata." 

Orkid tidak meneruskan penulisan..  Secara tiba dia menangis atas sebab yang dia rasakan di dalam hati.

No comments:

Post a Comment