Pages

Wednesday 29 October 2014

Allah itu dekat sekali dengan kita

Assalammualaikum.

Aku rindu tenang.

Setiap hari banyak benda yang berlaku
ulang alik ke sini sana
dikelilingi manusia
kehidupan yang banyak warnanya

Mungkin sebab itu aku fikir
tidak tahu mahu mulakan menulis dari mana
kadang terlipat di lipatan hati sahaja
cerita kehidupan
biar aku kuncikan rapat dgn mangga sekali
jauh terus hilang di dasar fikiran

tapi
aku tetap mahu menulis
walau mungkin tulisan ku tidak seromantik sepuitis 
para penulis yang lain
aku tetap mahu menulis

satu aku pinta
Apa yang bermanfaat dari blog ni
ambillah
teladanilah
Yang kurang baik
maka jauhkanlah.
 
kredit: sr

Ya Allah
sering sahaja aku berkeluh kesah
sering sahaja aku mau lari ke gunung
ke puncak ke China ke mana-mana
lari dari dunia manusia yang rapuh ini
kerana serius aku penat

Penat...
Penat berdepan ujian yang tidak berkesudahan

Tapi
aku tahu Ya Tuhan
Engkau menguji kerana Engkau sayang
hinanya aku sebagai hambaMu
berani untuk mengeluh?
berani untuk penat?
sedangkan Rasulullah diuji lagi hebat
para Sahabat diuji lagi hebat
inikan pula aku?

Tapi, Allah tahu aku mampu untuk menghadapi segala ujian.
aku tahu,
Allah takkan uji seseorang itu melebihi kemampuannya sendiri

Ampuni khilafku Ya Allah

selangkah aku jauh dariMu, seribu langkah Engkau dekat padaku

Allahuakbar.
Engkau dekat.

" 'Aku itu dekat, lebih dekat dari urat leher manusia"
(50:16)



No comments:

Post a Comment