Pages

Thursday 4 September 2014

Kelana hamba di Bumi Tuhan

Assalammualaikum.

September,

"KELANA MUSAFIR DI BUMI TUHAN"

Kaku depan laptop, berlegar isi di ruang fikiran, tersekat tak terluah.
Internet ini, yang percuma buat kemudahan.
Moga bermanfaat buat jiwa-jiwa yang memikirkan manfaatnya.
InshaAllah.
Dari biasa kita jadi luar biasa, bukan?
Jika kita memikirkannya.

: )

Bila aku berfikir bagaimana penyelesaian masalah ketika dulu, ku fikirkan lebih baik mata ku dipejam dan tidak dibuka lagi.
Kerana ku fikir, tidak ada lagi cahaya yang mendatang.

Rupanya, di sini, telah ada cita dan tujuan.
Yang membuatku menatap jauh ke depan.
Jauh melampau ruang dan masa, kelana menjejak mimpi dan harapan yang tersimpan.
 Bukan harta yang dimahukan, walau selalu merindukan dunia.
Tapi tarbiyyah dan pengalaman yang diharapkan.
Sehingga kaki ini mampu lagi melangkah beribu batu, memikul beban kelelahan,
InshaAllah, berbayar olehNya.
Biarpun  seringkali diri ini kejatuhan,
dihempap perasaan,
dihempap pelajaran,
dihempap kekangan,
semuanya, aku tahu UJIAN.

Tanda Allah sayang bukan?

Seronok, bahagia.
Kita berkongsi satu rasa, indah bukan?
Tiada cela, manisnya ukhwah cinta kerana Allah.
Allah datangkan kisah cinta yang indah dalam hidup ini,
Dia datangkan keluarga, akhwat, sahabat di sekeliling, hadir sebagai cinta.
Maka, jagalah.

Seperti biasa, aku masih melihat, mentafsir dan belajar.
Cuba mencari kekuatan melalui tulisan.

Takut kelesuan semasa bermujahadah dalam menuntut ilmu.

Kisah diriku bukan sempurna,
tulisan kadangnya cuma meluah rasa,
sambil berkongsi ilmu yang ada,
kadang juga contengan sahaja yang futur menggila,
apa baik dariNya, ambil, sebarkan, dan manfaatkan.

Namun, jika ada yang buruk tentangku, tegurlah.
Agar tidak diriku terleka,
dengan kesenangan, dengan pujian yang melalaikan.

Kerana, aku juga manusia, masih berjiwa hamba,
masih berusaha,
tetap mahu kembali bersujud menyembahNya.

Jika dikatakan kita hebat, kita tetap melutut di depanNya.
Kita tetap bernafas dalam jiwa hamba.

Hamba yg lemah,
Nisaii.

No comments:

Post a Comment