Pages

Friday 27 February 2015

Pertemuan

Assalammualaikum.

Alhamdulillah
Masih lagi jariku masih mahu menari di atas kanvas blog ini
dengan himpunan kata yang entah perlu dikalamkan atau tidak
rasanya aku mempunyai sedikit masa yang dicuri
untukku menulis

Infinitinya
nikmat yang Tuhan berikan
tidak terhitung
lantas patutkah kita tidak bersyukur? 

Kali ini sudah masuk dua bulan aku tidak menulis di ruangan ini lagi
entah
banyak kali terfikir mahu delete blog ini
tapi aku fikirkan
banyaknya kenangan yang akan turut terbuang
yang mana menjadi saksi sesuatu



PERTEMUAN SESEORANG

"Biarkan sahaja dia teruskan menulis
 luah segala di alam jiwa yang terdalam
kritik asbab segala yang berlaku
kerana dia juga seorang manusia."

Aku menyukai pertemuan yang tidak terduga
yang ditakdirkan Allah untuk bertemu
daripada lelah aku merencana
semuanya tidak semahunya

pertemuan itu
makin difikir makin tercengkam 
tapi memberi semangat yang tidak disangka
apatah lagi disangkal sendiri
senyum sahaja
dalam diam
disimpan dalam-dalam

tapi..
takut takut takut
takut tersungkur jatuh
cedera merindu
terguris yang dalam
hingga bawa tenggelam
jika sebaliknya mahunya

Namun sentiasa
merenung dalam sembunyi
agar sihat sahaja
dan masih pertemuan kita
berpaksi iman kepada Tuhan

Berpaksi iman pada Tuhan
Tidak akan menghancurkan sesama teman
Kan?

Mohon, jaga.
kau dan aku
jaga

Yaa?

28022014
0111





No comments:

Post a Comment